Pernyataan Bersama, MBM dan KNPI Terhadap Isu Palestine

Related

Share

Kuala Lumpur – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) menyambut baik gencatan senjata yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak oleh Hamas dan Tentera Israel.

MBM dan KNPI tegas berpendapat peperangan dan keganasan harus terus dihentikan demi keselamatan penduduk Palestin terutamanya kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak berdosa.

MBM dan KNPI mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Rejim Tel Aviv yang jelas mencabul nilai kemanusiaan semata-mata kepentingan politik sempit mereka.

Masyarakat antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan United Nations (UN) harus terus tegas menghentikan ketidakadilan ini sambil serius memastikan Palestin menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.

MBM dan KNPI amat mengalu-alukan kerjasama padu antara Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Kerajaan Republik Indonesia dibawah pimpinan Presiden Joko Widodo dalam memainkan peranan utama membela perjuangan rakyat Palestin yang tertindas dan menghentikan kekejaman Rejim Tel Aviv.

MBM dan KNPI akan memperkukuhkan kerjasama serumpun ini bagi mendokong usaha kedua-dua Kerajaan bagi tujuan ini.

MBM dan KNPI menyeru agar belia dan pemuda di Malaysia dan Indonesia bersolidariti bagi mendokong perjuangan rakyat Palestin mengikut kapasiti, lokaliti dan medium masing-masing.

Disepakati bersama:

JUFITRI JOHA
Presiden
Majlis Belia Malaysia (MBM)

HARIS PERTAMA
Presiden
Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI)

Bertarikh: 21 Mei 2021

DPP KNPI – Komite Nasional Pemuda Indonesia
BP KNPI MALAYSIA